Friday, February 10, 2012

KAGUM!

assalamualaikum...

Pernah tak dengar tentang seorang pelajar berbangsa Hokkien mendapat A dalam bahasa Arab? wah, aku sangat kagum dengan adik ni.. walaupom bukan beragama islam, beliau mampu untuk mendapat A dalam bahasa Arab.. ada sesetengah pelajar beragama Islam itu sendiri yang sengaja tidak mengambil bahasa arab sebagai subjek pilihan kerana takut akan mencacatkan result PMR.. aku pun salah seorang daripada mereka..huhu.. tiba-tiba aku rasa malu sendiri.. sepatutnya aku boleh je cuba tapi time tu duk pikir takut mencacatkan result, aku pom tak ambik.. huhu.. tapi siyes aku tabik spring kat adik ni..

Satu lagi yang aku bangga ngan adik Wee Soo Yen ni sebab dia pom budak kampung aku.. orang Jelawat, Bachok gak.. ngeh2.. lagipom aku kenal sangat dia..Emak dia, Soo Ah Kim tu pom teacher english aku time sekolah rendah kat SK Badak..kalu tak silap aku, dari abang aku yang sulong sampai adik aku yang keenam, kitorang belajar english ngan dia.. Mak aku pom memang rapat ngan dia sebab dia kawan mak aku time mengajar kat SK Badak tu jugak.. dia sangat low profile.. dia kaya tapi tak nampak pom dia kaya.. Suami dia pom ada bukak kedai menjual makanan ternakan.. abah aku ternak ikan keli, so selalu pergi beli makanan kat kedai suami dia.. lagipom, kat jelawat tu, tulah satu-satunya kedai yang jual makanan haiwan ternakan.. so, aku rasa ramai yang kenal keluarga adik ni..

Adik Wee Soo Yen, masa kat sekolah rendah, dia belajar kat Sk Kemudi pahtu pergi SMK Bachok.. Aku sangat sure mesti warga sekolah terbabit sangat bangga kan.. hehe.. aku rase banyak anugerah yang adik Wee Soo Yen ni dapat after she got A in bahasa arab.. antaranya Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan.. tapi aku tau she deserved it sebab bukan calang-calang orang tau yang dapat anugerah tu.. Tahniah ye adik.. aku harap mane tau, bila dia dah belajar Bahasa Arab ni, tambah-tambah bahasa Al-Quran plak kan.. dapat membuka hati dia untuk masuk Islam.. ameen...

Kalau nak tengok lebih lanjut tentang kisah hidup adik Wee Soo Yen ni, bolehla search kat youtube tentang program Kalam Syurga.. aritu dia siar kat TV9 sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ni.. tengok sekarang, nothing impossible kan?.. caya r adik.. so kepada adik-adik yang akan mengambil PMR nanti, jangan takut-takut untuk amik subjek Bahasa Arab sebagai subjek pilihan.. sebenarnya, semuanya terletak atas usaha kita.. NOTHING IS IMPOSIBBLE k! nak kenal sape adik Wee Soo Yen? jom..

~

~




.
babai~

No comments: