Monday, February 27, 2012

:: anda fikirkan sendiri ::

Assalamualaikum..

Betul ke orang kata, bila kita telah berada dalam satu perhubungan atau lebih mesranye couple la, perangai kita akan berubah? berubah ke arah positif atau negatif? Allahualam la kan.. aku pun tak leh nak cakap jugak sebab sekarang aku tidak berada dalam keadaan tersebut..

kadang-kadang kan.. aku sakit ati pun ada bila kat facebook sengaja je si makwe share video-video jiwang kat pakwe dia yang berunsur geli geleman.. aku rasa nak muntah pom ada..ko ingat ko sorang je ke berkapel dalam dunia ni? huh!.. eleh, bila kapel, kentut pom boleh cakap wangi.. jangan ingat perkahwinan semanis bila berkapel.. kadang-kadang nak je aku block pasangan kapel yang over sangat ni.. ye la.. kan video-video yang dia share akan keluar kat wall aku.. menyemak je.. ni kes nak menunjuk-nunjuk la ni.. kalu tak kawen kang malu.. huhu

ada satu jenis lagi ni, pentingkan pakwe dari sahabat.. bila pakwe cakap semuanya betul.. semuanya WAJIB ikut.. kalu kawan cakap, berpuluh-puluh kali kena fikir.. hubungan dengan kawan terjejas pun takpe asalkan dapat jaga hati pakwe.. sampai ada yang cakap, dia lebih percayakan pakwe daripada sahabat.. adoi, jenis pemikiran apa pun aku tak tau la..

ada plak yang dating keluar pagi balik pagi esoknya.. adoi.. apa la korang buat ye.. kang kena cekup ngan pencegah maksiat baru naya.. dahla malukan diri sendiri lepas tu malukan mak bapak pulak.. kononla kan, korang eksiden time korang keluar berdua-duaan tu.. even korang bukan pasangan kapel sekalipun, orang dah tak fikir positif da.. orang len akan cenderung untuk memikirkan ke arah negatif..

sebenarnya benda-benda ni semua bergantung kat individu la.. kita ada akal, so kita guna.. jangan terlalu mengikut hawa nafsu.. kepada pakwe dan makwe, sila fahami pasangan anda masing-masing.. jangan terlalu mengongkong.. berilah ruang kepada pasangan anda untuk bernafas dan menikmati setiap genap ruang hidup sebelum melangkah ke fasa baru iaitu perkahwinan.. sebelum kahwin da nak mengawal hidup partner masing-masing, lepas kawen? macam tu jugak?.. tak seronoknya hidup.. hoho..

so, fikir-fikirkan lah.. kita ada family.. ada mak bapak yang harus di jaga maruah mereka.. jangan kerana kapel, anda akan menjatuhkan maruah mak bapak anda.. so, berkapel boleh, tapi berpada-pada la ye.. tidak semestinya itu JODOH anda.. Allah taala yang menentukan segalanya.. so U FIKIRLAH SENDIRI.. k lah.. daaa...








No comments: