Monday, January 30, 2012

Hati-hati!

Assalamualaikum..

"wow, bestnye dia ada kereta.. tak payah berharap kat orang kalu nak keluar pergi mana-mana"
~
lagi...
~
" best r ko ada kereta.. tak payah nak sewa-sewa kereta kalu nak keluar.. dahla sewa kereta ni mahal.."

itu merupakan antara dialog-dialog yang aku pernah dengar..terutamanya kepada pelajar IPTA or pelajar IPG (macam aku..huhu).. yes! itu salah satu daripada kelebihannya.. keburukannya? macam-macam risiko yang perlu ditanggung khususnya kepada pemandu wanita macam aku ni.. walaupun sesetengah perkara berkaitan dengan pemanduan kereta ni dipandang ringan oleh sesetengah pemandu.. tetapi yang remeh tu la yang memberi masalah besar..

antara langkah keselamatan yang harus dititikberatkan :

1) apabila sampai kat tempat kereta tu, jangan la melengah-lengahkan masa.. terus masuk dan terus kunci kereta dari dalam.. jadikannya sebagai amalan..

2) kalau nak parking, elakkanlah parking tempat sunyi, dinding, semak or dumpsters.. memanglah kita nak parking free, tapi kena la jugak beringat tentang nyawa jugak..

3) sentiasa berhati-hati dengan melihat keadaan sekeling, bawah dan dalam kereta sebelum masuk dalam kereta.. ada kes yang berlaku di stesen minyak di mana cashier stesen minyak tersebut ternampak seseorang masuk ke dalam kerete salah seorang customer yang ingin membayar duit kat kaunter.. bahaya tu! seeloknya kalu berseorangan, perempuan, ditambah pulak dengan malam, kuncilah dulu kerete sebelum pi kaunter.. penjahat sekarang ni sangat licik..

4) berhati-hati dengan penjual risalah atau produk ke bila mereka menghampiri kereta kerana mereka mungkin menyamar sahaja..

5) kalau kat traffic light tu, janganlah dedahkan beg duit atau apa-apa barang penting.. atau letakkan di bahagian sebelah pemandu tu.. itu tindakan bahaya! soroklah di bawah kerusi ke.. paling penting kunci pintu!..

6) kalu parking berbayar (yang warna hijau tu).. sebolehnya jangan masukkan banyak sangat duit syiling ke dalam tu.. sebab penjahat akan tahu yang kita akan membuat satu urusan dengan tempoh jangka masa yang lama kalau mereka nampak kuantiti masa yang terpamer kat tiang hijau tu.. lagi la senang dorang nak rompak ke curi kereta ke.. ( kalu tiba-tiba rasa bajet masa tak cukup, boleh je datang balik kat kete then tambah duit.. tapi ia agak leceh la sket)

7) janganlah rasa diri tu berani sangat drive keta sorang-sorang terutamanya girl.. kalu malam tu lagi la.. dah tengok kita ni sorang je, lagi la senang penjahat tu nak buat keje die..

macam-macam kes sekarang ni.. ramai orang da jadi jahat.. so beringat-ingatlah ye.. pakai kerete, pakai jugak.. sebolehnya-bolehnya elakkanlah keluar malam wahai gadis-gadis.. kalau penting sangat2 dan tak boleh dielakkan, tu nak buat macam mana kan.. tapi kalu boleh KIV tu KIV la yer.. (itu pesan bigboss aku a.k.a abah aku..) kadang-kadang anak dier degil jugak.. huhu




p/s : seram bila ingat balik time balik kelate, kereta diekori oleh kereta yang dipenuhi dengan lelaki berkaca mata hitam.. huhu.. serik!..

bai..


Saturday, January 28, 2012

Petua Tenangkan Hati dan Selalu Gembira


1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa . Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri sendiri mengenai perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan

14. Berkawan dengan orang baik-baik

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat..


source : www.epetua.com

I Love U~

Assalamualaikum..

25 Januari 2012..
Selamat Hari Lahir
buat Ma tersayang...

semoga kehidupan Ma sentiasa diberkati & dilindungi Allah..
Terima kasih atas segala kasih sayang
yang Ma telah curahkan kepada kami sekeluarga..

terima kasih yang tak terhingga kerana sentiasa perlu melayan
karenah kebudakan-budakan si penulis ni.. :D

apepom u'r the best mom!
i luv u so so so much!



right now,, i'm really miss u!
T___T


babai

Saturday, January 21, 2012

Tidak Boleh Menipu Diri Sendiri..~

assalamualaikum...

sedar hati akan sedih sendiri..
tapi still lagi gedik pergi stalker..
stil lagi nak amek tau pasal dia...
inilah akibatnya kalau terlalu mudah membuka pintu hati..
akhirnya diri yang merana sendiri...




p/s : semoga kamoo berbahagia dengan dia.. :) ~

HAPPINESS~

Assalamualaikum...

insyaallah... jika tiada aral melintang,
akan berlangsungla satu lagi event penting dalam family aku pada tahun ni,
tidak sabar menunggu detik itu..
doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar..
semuanya dlam perancangan..
sesungguhnya kita hanya mampu merancang,
Allah taala yang menentukan segalanya...




Bai~


Tuesday, January 17, 2012

SEMESTER BARU CABARAN BARU~

assalamualaikum...

alhamdulillah.. sudah memulakan sem baru.. semester 5...sebenarnye dah lama da bukak sem baru, 3 Januari aritu..baru berkesempatan nak update..maklumlah, internet tak ade..broadband pom takde.. tp satu aku suka bukak sem baru ni.,aku da pindah umah.. yeay! umah ni jauh lebih selesa dari umah dulu.. lagi besar.. dan apa yg penting, dapat sambung line streamyx kat sini.. kalu harapkan umah dulu, huhu.. memang smpai aku abis belajar la tak dapat internet..

alhamdulillah, aku lulus exam lepas.. punyalah cuak aritu time nak check result.. huu.. tp syukur sebab aku tak perlu repeat.. syukur sangat-sangat.. Allah still nak bagi peluang kat aku untuk jadi cikgu walaupun dalam hati aku tak berapa minat nak jadi cikgu .. tapi peluang Allah bagi ni bukan semua orang dapat.. dan apa yang perlu aku buat, teruskan perjalanan yang sudah jauh ni..

Masuk sem 5 ni, mula-mula aku semangat la nak pergi kelas.. tapi selang beberapa hari, mood malas da datang da.. aiyoo.. aku tak tau la kenapa.. mungkin suasana sama yang perlu aku tempuhi sejak 3 tahun lepas kot.. entahla, makin nak abis degree makin gini jadinye.. serius, aku still tak yakin lagi nak mengajar.. sekarang dah masuk tahun ketiga.. tinggal setahun setengah lagi, aku akan menempuhi alam sebenar jadi guru.. dan, semester ni jugak yang bakal mencabar diri aku untuk bergelar bakal guru.. PRAKTIKUM.. aiyoo.. sekolah da tau da kat mane.. SK PASIR PUTEH, Marang.. tu la tempat pertama aku akan praktikal.. Semoga semuanya berjalan dengan baik.. amin.. huhu.. dan sekolah itu sangat jauh dan TIDAK boleh nak berulang-alik.. waa!.. jarak yang jauh tu memungkinkan aku untuk mencari tempat tinggal sementara di Marang selama sebulan.. huhu..

tapi apepom, aku berharap sangat moga praktikum yang bakal aku lalui nanti akan memupuk atau menguatkan semangat aku untuk bergelar guru.. walaupom jadi cikgu ni bukan profesion pilihan aku, tapi aku sedar Allah yang merencanakan yang terbaik untuk setiap hambaNya.. dan aku yakin itu..




peace world..
babai


Jangan Izinkan Aku Jatuh Cinta


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Ameen..


sumber : iluvislam