Friday, December 30, 2011

Hepi Besday Budak Ucuk~

Assalamualaikum...

Hepi besday to u..
hepi besday to u..
hepi besday to u......


arini, 30 Disember 2011.. genapla setahun umur budak kecik yg busyuk n encem a.k.a anak
buah cik ti yg tercayang, Mohd Amirul Fahmi b. Mohd Khairul Faiz ... semoga fahmi menjadi anak yg soleh kepada papa dan mama yer..:)))

~
~
~



cik ti cayang kamoo~~

babai



Sunday, December 25, 2011

MAJLIS MENYAMBUT MENANTU

Assalamualaikum..




Semalam, ari sabtu,(24 Disember) umah aku ada buat satu majlis kesyukuran atau jugak majlis menyambut menantu untuk abang aku yang kedua, abe jo..Majlis simple2 je.. Akak ipar aku, kak nadiah asal dari kedah.. kirenya aku da ada dua orang akak ipar yang asal bukan dari kelantan.. sorang je akak ipar aku yang asal dari kelantan.. tapi aku xde masalah pom kalu bukan dari Kelantan asalkan semuanya bahagia.. hehe.. semuanya berjalan lancar tp penat jugakla coz siyes ramai yang datang.. hari da nak gelap pom ramai lg yang datang.. tapi takpe coz makanan semuanya cukup dan alhamdulillah tak membazir.. hehe..



akak ipar aku, kak Nadiah

abang aku, abe jo


semoga abang jo dan kak nadiah berbahagia selamanya.. dan aku pom nak jugak anak saudara yang kelima.. hehe.. lepas ni tinggal empat orang lagi adik beradik aku yang stil tak kawen.. maybe setahun dua lagi akak aku pulak.. insyaallah.. turn aku pulak tak tau la bila.. kawen ke tak pom tak taula.. hehe.. calon pom takde.. hehe..


k lah.. tu je..
babai





UNTITLE

assalamualaikum..


i've learned that you cannot make someone love you,
all you can do is being someone who can be loved,
the rest is up to them,
i've learned that no matter how much i care,
some people just don't care back,
and it's not the end of the world..

Monday, December 5, 2011

Cinta Tidak Semestinya Memiliki~

assalamualaikum...

tadi saje je jalan-jalan..
then terjumpa tip-tip untuk melupakan seseorang...
bagi yg ingin melupakan seseorang yg maybe anda ada menaruh perasaan kat dia tp ternyata cinta itu bukan milik anda.. dan dia pulak seseorang yang anda selalu jumpa n teman istimewa bagi salah seorang kawan anda..
bak kata orang, cinta itu tidak semestinya memiliki..
jangan kecewa n jom kita tengok tip-tip yg boleh dijadikan panduan untuk anda dan juga aku sendiri.. hehe

ini dia...

1) Cuba renggangkan sedikit jarak antara anda berdua.. lakukan secara tidak langsung agar dia tidak menyedari perubahan tersebut.

2) Berikan pelbagai alasan jika mereka mengajak untuk keluar bersama

3) Cari teman baru untuk mengalihkan perhatian dan cinta kamu pada si dia

4) Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar kamu tidak mempunyai masa untuk memikirkan si dia

5) Elakkan bersendirian kerana apabila kamu rasa sunyi, kamu pasti akan mengingati si dia

6) Sekiranya teman kamu dan si dia bertengkar, elakkan jadi orang tengah dan pendengar yang setia untuk si dia.

7) Buka minda luas-luas, dan katakan pada diri sendiri, masih banyak lagi lelaki baik kat luar sana. kamu bukannya PERAMPAS!

8) Cuba tempatkan diri kamu seketika di tempat sahabat kamu itu. pasti kamu akan terluka apabila mendapat tahu sahabat sendiri dan orang yang disayangi mengkhianati kesetiaan dan kasih sayang yang telah diberi.

sesungguhnya utk menerima kenyataan merupakan sesuatu yg sukar utk dilakukan.. ttp jika kita berusaha, segalanya tidak mustahil..



babai

Sunday, November 27, 2011

ISLAM ITU INDAH~

assalamualaikum...


"Dunia ini adalah perhiasan dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah"
(Hadis Riwayat Muslim).

Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi saw bersabda : "Perempuan itu dikahwini kerana 4 perkara,iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah kerana agamanya kelak engkau akan bahagia" (Hadis Riwayat Muttafaqun Alaih)

"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu, berpuasa dibulan ramadhan, menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia ke syurga dari mana-
mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

"Sekiranya aku ini manusia yang boleh memerintahkan mana-mana manusia untuk sujud kepada manusia lain, maka aku akan menyuruh para isteri sujud kepada suaminya kerana besarnya hak suami yang dianugerahkan Allah atas mereka" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Orang mukmin yang sempurna imannya adalah yang paling baik budi pekertinya dan lemah lembut dengan keluarganya,dan sebaik-baik kamu ialah yang baik kepada isterinya"
(Hadis Riwayat At-Tizmizi)


Dari Abu Hurairah r.a katanya,Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesun
gguhnya Allah tidak memandang kepada rupa kamu juga tidak memandang kepada harta kamu,akan tetapi Allah melihat kepada hati dan amalan kamu" (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

"Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" (Hadis Riwayat Muslim)

"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran"
(surah Al-Asr Ayat : 1-3)

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang tidak meninggalkan akhirat kerana dunia
nya dan tidak meninggalkan dunia kerana akhiratnya" (Hadis Riwayat Al-Khatib)

"Gunakanlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara iaitu masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati"
(Hadis Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat menghapus segala kenikmatan hidup,iaitu MATI"
(Hadis Sahih Riwayat Tirmidzi,Nasaai,Ibnu Majah & Ibnu Nu'aim)
..





babai..


T.A.W.A.K.A.L

assalamualaikum....

sudah lama tidak meng'update' blog.. entahla, xde mood sg nak tulis entry..
before this, sibuk ngan exam... lepas abis exam, stress bila fikir exam xleh jwb sgt.. terutamanya kalkulus.. huuu... sedih sgt.. i hope aku lulus la. takutnye..

apepom, fikir pom tak leh wat ape da..
aku just tawakal je la pd Allah..
semoga keajaiban berlaku.. huk3..
sekarang ni cuti sem,
so, just enjoy!...
hihi...


daaaaaa...:)))





Monday, November 7, 2011

PERUBAHAN..

assalamualaikum w.b.t..

sebenarnya, aku nak minta maaf kat sumer orang kalu selama ni aku buat silap.. bukan sebab nak exam or sebab raya ni k.. ni ikhlas.. aku sedar aku memang tak boleh lari dari satu sifat ni.. iaitu.. 'SENSITIF'...

Aku tak taula kenapa aku ada sifat ni.. siyes, aku tak mintak pom.. dan... aku pom tak tau macam mana nak ubah sifat aku yang satu ni... sejujurnya, aku cuba untuk berubah.. tapi last-last buat jugak..

aku tak tau la.. aku mudah terasa if ada org cakap2 yang menyakitkan hati aku, padahal maybe aku rasa niat die just untuk bergurau.. maybe..terutamanya dari orang-orang yang rapat ngan aku.. entahla.. mungkin aku ni jenis yang terlalu sangat jaga hati orang lain kot.. then bila orang itu balas balik seolah-olah tak menghargainya, terus aku terasa.. kadang-kadang best jugak kalu tak ada perasaan.. orang nak cakap pape pom aku boleh buat tak tau je.. dan boleh balas balik dgn senyuman je.. hoho..

dan satu lagi aku rasa sekarang ni aku tak nak rapat ngan sape2.. aku nak bersifat universal.. aku nak kawan ngan semua orang.. aku tak nak terlalu rapat dan terlalu baik.. sebab aku rasa jadi universal, tak banyak sangat masalah yang timbul.. contohnya la, kawan yang dari dulu baik ngan kita, once die da pergi rapat ngan orang lain, mesti rasa semacam je kan.. then, timbullah macam-macam.. so, dari kena macam tu, baik bersifat universal je kan..

sekarang, aku tengah cuba untuk tidak bersikap terlalu sensitif dan cuba untuk berubah.. maybe hasilnya bukan dalam masa terdekat, tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk melakukan perubahan ke arah positif..

tu je
babai..


Saturday, November 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

assalamualaikum...

selamat hari raya aidiladha sumer!
esok, buat pertama kali dalam hidup, beraya tanpa ma n abah..
beraya dengan enam orang adik beradik je..
apepom, ma n abah nak balik tak lama dah..
14 november ni..
tapi sedih, sebab tak dapat gi amek kat airport..
coz aku tengah E.X.A.M!!!

tapi....
aku hepi coz aku da mula start cuti 17 november ni..
yahooo...
tapi tulah, kena lepas exam final dulu.. tu yg tak bestnya..

apepom, doakan terbaik utk gue ya!
babai

Tuesday, November 1, 2011

M.O.O.D

Assalamualaikum..

mood:
berdebar-debar berada di umah sewa sendiri..( ada kes pecah masuk mybe pencuri or GS!..)
takut.. (exam da dekat, tp masih bersenang-lenang)
jeles.. ( kat budak2 yg rajin study.. melekat dgn buku 24/7)
stress.. (bila mood nak study x dtg2)
geram..(bila rasa nak tido je...huh!)
excited..( MR DBK aku da berubah wajah jd makin hensem..:P)


tu je..hik2
daaaaaaa
:))

Monday, October 24, 2011

Budak Malas~

assalamualaikum..




bila ada mood nak start study...
C.A.L.C.U.L.U.S

SEM 5 IT MEANS............

assalamualaikum

next sem, praktikum!!
mampukah??

adakah..
it will turn like this?


~

~

~

~

~
or
like this...
~

~

~

~

~

~

~or
maybe like this??
~

~

~

~

~

~


hoho...
i dunt know either..
i hope everything is going to be okay~

peace world
cikgu eti
babai~

E.X.A.M

assalamualaikum..

exam kembali lagi..tidak!!!!!


orang lain
~

~

~

~

~



aku????
~

~

~

~

~

~


haha..
selamat study budak-budak IPG yang nak exam lepas raya haji ni!
babai~

Kalu Tak Nak Mencari Boleh? :))

assalamualaikum...

umur 21 tahun tak normal ke kalu takde pakwe? hehe.. ni pom da hujung tahun.. 2 bulan lebih lagi umur aku masuk 22 tahun da.. kirenya bertambah r ketidaknormalan itu? keh2.. aku terpikir jugak sebab lecturer aku pom ada yang cakap.. . haha,, dalam kelas aku kat IPG boleh kira berapa je yang takde pakwe termasuklah penulis ni.. keh3 (tak laku kot, hee).. tapikan, aku ada terbaca satu quote ni...

"don't worry if you're single, God is looking at you now, saying..
i'm saving this one for
someone special"

haha.. tapi aku tak tau whether quote ni just nak menyedapkan hati orang-orang yang single or sememangnya ia bermaksud begitu.. hehe.. aku harap betul la.. harhar.. sebenarnya kan aku da malas nak pikir pasal cinta.. tapi aku geram ngan cinta.. selalu datang kat aku.. pahtu cinta pulak kat yang dah berpunya.. tensen betul la.. keh3.. tapi macam orang cakap, cinta itu datang dan pergi.. so bila da tau itu cinta terlarang, cinta itu pom pergi.. hihi..

boleh tak, aku nak dia datang sendiri..(datang pom pada masa yang sepatutnya).. tak nak mencari.. please..bolehla.. huhu.. walaupom aku da pernah couple sebelum ni, jujur aku cakap aku rasa itu bukan perasaan cinta yang sebenar.. (ecece..wek2,,geli2).. dan aku tak pernah dating berdua-duaan face to face.. aiyoo.. aku tak taula macam mana feeling itu.. mesti muka cover cun kan, pahtu malu-malu kucing.. aiseh..

biarla apa yang jadi.. aku yakin da tertulis satu nama tuk aku kat luh mahfuz.. iye dop? bila, kat mana dan sebagainya ketentuan Allah taala.. kite manusia biasa tak mampu nak lawan kehendak dia.. bercinta bagai nak rak sekarang, bagi itu bagi ini, pegang situ pegang sini.. pom belum tentu dia milik kita.. jadi, berigatlah sape-sape yang da couple tu.. rugi rasanya kalu si pompuan da bagi semuanya kat pakwe sekarang,, mane tau silap2 haribulan kawen ngan orang len.. kesian suaminya nanti..

apepom aku rasa normal je kot kalu takde pakwe sekarang..xdela rasa tak boleh nak hidup.. rasa desperate... weee.. aku ada family.. dorang pom sayang aku.. so, xdela masalah pom aku rasa.. just enjoy your life bagi yang single tu.. Allah tak bagi sekarang rasa kebahagiaan tu, Allah simpan tuk kita.. maybe utk satu perhubungan yang halal nanti.. insyaallah..



~peace world, babai~

~ Suke2!~

assalamualaikum..


My Favourite Korean's band, SNSD or Girls Generations da kuar lagu baru.. " The Boys"..
ada dua version, English n Korea
Best2!!..
Imej dorang kali ni lebih rocky..
apepom dorang tetap cun n jelita..
jeles2!!..
kalu nak tau best ke x, korang tengok r sendiri.. heee

klik sini


babai~

Saturday, October 22, 2011

~ Tidak Semestinya Couple~

assalamualaikum..

Don't trust too much..
Don't hope too much..
and don't love too much..
because.....
That TOO MUCH can hurt you SO MUCH..

~end~

NeW FaMiLy~

assalamualaikum..

saje je nak kongsi..aku dapat family angkat baru.. hehe

~
~
~
~
~Mek n adik beradik angkat aku

ni time aku pergi Program Bina Insan Guru..
untuk sem 4, kami kena sertai program anak angkat..
3 hari 2 malam je kat Kampung Mangkuk iaitu area Penarik kat Terengganu..
sebenarnya, aku selalu melalui jalan Penarik kalau nak balik ke Maktab..
dan setiap kali itulah aku akan menjumpai satu roundabout yang ada signboard tulis Kg Mangkuk..
dulu, aku gelak kot sebab aku rasa nama tempat tu kelakar.. kenapa mangkuk yang terpilih..hihi..
aku pulak lupa nak tanya kenape.. haish..(tepuk dahi)..
tapi aku tak sangka plak aku akan mencipta satu memori bermakna dengan kampung tu..
walaupom kejap je, tapi aku yakin hubungan yg terbina pasti akan berpanjangan..
insyaallah~

babai~

Kite Teruji Allah Menguji...

assalamualaikum..

kuatkan semangat ye Abah..
ti tau abah seorang yang kuat..
sangat tenang setiap apa yang menimpa..
Allah menguji sebab Dia tau Abah mampu..
manusia-manusia tu dengki sebab dorang tau abah hebat..
abaikan mereka
teruskan tujuan murni di tanah suci sana
Allah mendengar doa orang teraniaya

~ kami (ma, abang2, kakak, ti, adik2) yang tau sapa abah.. kami sentiasa di belakang abah walau sebesar mana dugaan yang menimpa ~

babai~

Wednesday, October 19, 2011

I Really Hope...


assalamualaikum..

aku ada banyak impian.. tapi satu impian ni aku nak cuba realisasikan.. walaupun bagi orang lain mungkin akan ingat biasa je.. tapi aku betul-betul nak buat bila aku da keje nanti.. bila da ada duit sendiri dan tak perlu bergantung kat orang lain..

aku nak sangat bawak ma dan abah aku round-round satu Malaysia.. biar dorang dilayan macam raja dan permaisuri.. just bawak body je.. time tu pom abah da
n ma aku dan pencen.. tahun depan dorang da pencen.. aku serius sangat kesian kat ma aku.. hidup die ngan keje je.. kat sekolah keje.. tambah-tambah pulak, ma aku penolong kanan 1.. keje die mesti lebih pada orang lain.. balik umah, kena urus umah plak.. masa cuti pun, kadang-kadang die kena pergi sekolah..

kadang-kadang aku sedih bila die cerita pasal mak saudara aku.. mak saudara aku ni suka melancong.. dalam or luar negara.. die takpe kaya.. anak-anak pun da besar.. ma aku pulak, anak-anak masih ramai yang still belaja.. kehidupan dia banyak fokus kat family.. gaya dia cakap pun macam teringin sangat-sangat nak g jalan-jalan..tapi ditambah ngan kekangan masa, tak berkesempatan sangat nak pergi...aku ingat lagi, time kecik-kecik dulu, kitorang selalu g jalan-jalan.. setiap kali cuti.. tapi sekarang anak-anak da besar.. nak berkumpul sekali jadi macam da susah la sikit kan.. ada komitmen masing-masing.. aku nak bawak sekarang, aku tak mampu.. aku just bagi semangat je la.. 'xpo, nanti ti, emy dan kak ida kijo, kito g la'..

aku berharap sangat aku dapat realisasikan hasrat aku tu.. walaupun bagi orang lain, ia
impian biasa je.. bagi aku, itu impian aku bila dapat gaji pertama nanti.. family is my first priority.. tu je nak citer kali ni.. hehe! babai...


my family.. tapi abe jo n abe yu takde time ni..

Saturday, October 15, 2011

When....





When i'm feeling sad,


i feel like someone has taken all the colours away.


and everything is grey and gloomy, and droopy...




When i'm feeling sad,


i feel like i could cry...


and cry...



Sometimes, just being with friends and family,

make me feel better even i don't want to talk,





But the nicest feeling of all is when..


a kind person gives me a hug and says...


" Everything is going to be okay".












babai..

Don't Say Anything ok?

assalamualaikum..

Jangan kata apa-apa kalau aku tak cantik ke, badan aku besar ke.. tak boleh ke just tengok dan blah? pahtu kalu nak cakap jugak, bleh tak just cakap dalam hati.? jangan buat sampai aku tau.. boleh x?

kenapa ada je manusia yang suka membuatkan hati aku sakit, airmata rasa murah nak meleleh, rasa nak gigit orang, rasa tak nak cakap ngan sape-sape, rasa nak duk sorang-sorang pahtu tutup pintu bilik kuat-kuat, drive keta laju-laju, dan last sekali rasa nak cekik orang..

cukupla buat self-confident aku turun hingga mencecah sign (-).. sapa yang taknak muka sweet, cute, cun, jelita, body slim, dan segala-gala yang berkaitan tu.. cuba angkat tangan sapa yang taknak?.. sedih bila ingat scene-scene manusia yang dengan slumber menyembur ayat-ayat yang tak enak didengar kat aku.. kalau just kat depan aku je, aku tak kisah.. kalu depan kawan-kawan, yang tu memang tak boleh diterima.. rasa macam harga diri aku tu ada kat lantai.. boleh disepak-sepak, dipijak-pijak..

kepada manusia-manusia itu, terima kasih banyak sebab buat aku rasa down.. apapom aku bersyukur aku macam ni.. sekurang-kurangnya aku tak buat masalah kat orang.. sesetengah orang yang cantik ni kebanyakannya riak, pahtu bajet bagus, kawan ngan orang-orang yang setaraf dengan dia je, pahtu jalan macam robot sebab takut tudung rosak kena angin, pahtu cover-cover cun kalu jalan depan lelaki hensem.. at least aku tak perlu buat macam tu.. orang pom tak amek kisah pasal aku.. sebab aku macam ni la, aku tau apa itu erti rendah diri..


tu je, babai..

Friday, October 14, 2011

Rindu Ma dan Abah



assalamualaikum..



akhirnya baru ada mood nak menulis.. sekarang ni aku duk kat umah.. bukan umah sewa tapi umah betul.. hati ni rasa nak tak nak je balik sebenarnya sebab aku tau suasana kat umah tu macam mana.. mesti sunyi sepi.. dan apa yang aku tau, aku sangat tak suka kesunyian.. rasa macam nak meleleh dan mula lah nak melayan perasaan sorang-sorang. sekarang ni mood rindu ma dan abah.. kat umah kalau dorang takde, siyes umah tu sunyi..sekarang ada abe jo dan adik bongsu aku, akim je.. balik umah terkelip-kelip tengok dinding.. sangat sedih..sob sob.. aku balik sebenarnya nak amik laptop sebab laptop aku rosak.. aku tak nak susahkan abang aku kena datang terengganu hantarkan. dahla abang aku tu bila drive sorang-sorang, cepat mengantuk.. daripada hati aku tak tenang sorang-sorang, aku gagahkan diri untuk balik.. dapatlah jugak jumpa adik aku, akim.. baru je lepas PMR. kesian dia, time PMR abah dan ma takde kat umah..

actually, ma dan abah aku pergi haji.. baliknya sebulan lagi.. aku doakan mereka selamat pergi dan selamat pulang.. itulah doa aku hari-hari.. nasib baikla abah n ma aku suka telefon.. takdela rasa sedih sangat.. hepi kot bila dapat call.. ptg tadi baru dpt dengar suara ma.. sbelum ni abah yang banyak call.. ye la, sebelum ni ma banyak kali kot call.. tapi tak sempat nak angkat.. kadang-kadang tu ensetnye silent bila balik mktab.. pahtu takde baterila.. macam-macam, ptg td, lama jugak la cakap.. berapa la ma kena bayar.. hehe.. semalam pom abah ada call gak.. pahtu ngah2 cakap, airmata tiba-tiba meleleh..haha.. airmata rindu r tu.. nasib baik boleh cover suara.. hek3.. kang abah aku dengar, malu tak pasal-pasal.. hehe

esok da nak balik maktab,, tapi minggu depan cuti lagi..cuti deepavali..seminggu plak tu.. adik n akak aku tak balik..waaa.. bosannye.. sapa nak bergelak ketawa ngan aku.. huk3.. klah, aku harap cepatla masa berlalu.. tak sabar nak g airport 14 November nanti.. nak g jemput ma n abah.. Ti rindu ma n abah sangat2!!!! babai,..

Thursday, September 1, 2011

~ IktiBar dariPada SebaTang Pensel ~


assalamualaikum..

Tadi, aq ada baca satu majalah yang bercorak Islamik iaitu SOLUSI yang abang aq punye..
majalah ni sangat2 bagus coz kat dalam tu banyak sangat artikel2 yang boleh dijadikan iktibar kepada kita sumer..baca2 then aq tertarik dengan satu artikel..tajuk die "Iktibar daripada Sebatang Pensel". Bagi aq artikel ni sangat bagus sebab ia berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia di muka bumi ini..Artikel ni just buat analogi based on sebatang pensel..
kalu kita tengok la, tak ada apa2 pom yang menarik pasal pensel ni..Kita guna just untuk menulis.. kalu beli pom setakat dua posen sebatang kat kedai, jadi tak ada ape2 pom yang spesel sal pensel ni..

Tapi, sebenarnya kan ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripada pensel ni.. nak tau tak apa nilainye?..

Pertama, pensel ini mengingatkan kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini tapi jangan lupa ibarat pensel ada tangan yang memegangnya. Begitu jugak dengan hidup kita, ada kuasa yang membimbing langkah hidup kita iaitu Allah s.w.t. Dia yang akan membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul jadi kita terpaksa mengasashnya hingga tajam. Pensel ini pasti menderita ketika diraut tetapi hasilnya tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga dengan hidup kita, kita mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadankan dan betulkan tulisan ini semula. Macam dalam hidup kita jugak kan, kita harus sentiasa memperbaiki kesalahan dalam hidup. tak salah pom memperbaiki kesalahan kerana ia akan meletakkan kita di jalan yang benar.

Keempat, tahukah part mana yang lebih penting; luar atau dalam pensel? sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kita dan hindarilah.

Kelima, pensel selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga dengan hidup kita, apa yang kita buat pasti akan meninggalkan kesan pada diri atau pada orang lain. maknanya, kita harus selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak..


Nampak biasa je pensel ni kan? tapi banyak benda yang kita boleh pelajari hanya dari sebatang PENSEL


klah, tu je nak citer kali ni.. tak rugi kalu korang beli majalah SOLUSI ni.. siyes best.. harga dia pom tak mahal.. just RM 10.00 ringgit je.. kalu nk tau content dalam majalah ni, silalah beli yer..:))))

Wednesday, August 31, 2011

~ Sekitar PBS Sekolah Kebangsaan Maras ~



Assalamualaikum...

entry kali ni saje je nak post pic time wat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kat Sk Maras aritu... hehe..
please enjoy!! :))))

terbaek!!


perasan tak budak dua orang sama cam pic kat atas?
budak dua orang ni asyik ikut aq semata-mata nak masuk gmbar.. ai
i.. kelako betul..


ni time ari last.. sumer murid2 salam ngan cikgu coz da nak raya.. lenguh tangan aq duk hulur kat budak2 tu.. tp apepom best coz rase mcm da jadi cikgu betul je.. hihi!!


sekarang pic cikgu-cikgu yang jelita plak
..kih3
~
~
~
~



ni la antara bakal-bakal cikgu yang wat praktikum kat SK Maras..


walaupom seminggu je tempoh masa PBS kat sekolah tu, tapi best sgt coz cikgu2 dia pom okey, bakal-bakal cikgu yg wat praktikum kat sekolah tu pom sgt friendly sampai most of the time kitorang habiskan masa dgn berborak je.. (tp kelas pom masuk jugak tau!..hehe).. banyak plak citer yg kami bualkan.. menganyam ketupat pom ada sket2.. da la tu bulan Ramadan.. aiseh.. hehe.. apepom PBS aq da berakhir and sem depan its time for PRAKTIKUM!.. apepom semoga semuanya berjalan lancar..
tu je nk story kali ni.. daaa.. Selamat Ari RAye!..:)))

Sunday, August 28, 2011

:: Cantik! ::


assalamualaikum..Align Center

sekarang ni fenomena K-Pop makin femes kan di Malaysia..group macam Super Junior, Beast, Shinee n byk lagi r.. sampai ada group2 yg ditubuhkan di Malaysia yang ala-ala k-pop nie..huhu.. (tapi tak sama langsung..huh!).. aq dulu pom tak berapa minat sangat k-pop ni.. aq pom pelik apa la yang best sangat pasal dorang ni.. tapi bila da orang-orang sekeliling aq da tiap2 hari bukak lagu tu, siap hafal dance and lirik, aq pom try la dengar lagu-lagu dorang.. hasilnya..hmm,, not bad!.. at last aq pom da join sekali.. heheheh! tapi aq tak minat yang laki punyer, aq minat yang pompuan.. siyes! dorang sangat cantik!! sangat cute n sweet!.. nak tau tak group ape? hehehhe...

~
~
~
~
~
GIRL GENERATION.. wehehee!



group ni ade 9 orang member iaituYoona, Tiffany, Yuri, Hyoyeon, Sooyoung, Seohyun, Taeyeon (leader), Jessica, and Sunny.. hehe.. aq paling minat yang ni...

~
~
~
~ TAEYEON!!! cumel~

suara dorang pom best.. hehe..
klah, kalu korang nk tau best ke x group ni, cuba la dengar.. hihi.. daaaaa...


:: Cinta & Benci ::

Bagaimana cara membuatmu bahagia
nyaris ku menyerah jalani semua
telah berbagai kata ku ungkap percuma
agar kau percaya cintaku berharga

tak kuat ku menahanmu, mempertahankan cintaku
namun kau begitu saja, tak pernah merindu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci yang ku rasa

apa kau mengerti ku sedih sendiri
tanpa ada kamu ku merasa sepi

telah lama ku menantimu, diam sendiri menunggu
setengah hati mencinta, ku sakit karenamu

woo ooo ku sakit karenamu

sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
membenci dirimu, sesungguhnya aku tak mampu
sulit untuk ku bisa, sangat sulit ku tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci

sungguh aku tak bisa membenci dirimu
sesungguhnya aku tak mampu
sungguh aku tak bisa, sampai kapanpun tak bisa
memisahkan segala cinta dan benci ooo
cinta dan benci ooo yang ku rasa



~p/s: suka lagu nie.. Geisha, Cinta dan Benci ~





Wednesday, August 24, 2011

:: MAAF::


assalamualaikum..

arini tiba2 je aq rasa bersalah,
sbb aq rase aq suka mmbuat penilaian negatif psal orang len,
oh, tolong la berubah..
siyes, aq rase aq nk mintak maaf ngan sumer org,
mcm x adil je aq buat kat orang mcm tu,
setiap orang ada alasan tersendiri terhadap apa yang dorang buat,
so, lepas ni aq perlu positifkan pemikiran aq,
serius penat,
terlalu negatif towards something,
entahla..

~ I AM SORRY ~
~
~
~





Tuesday, August 23, 2011

:'(

assalamualaikum...

bukan semua org sudi mendengar,
bukan semua org sudi memahami,
sungguh!
diri ini ingin berubah,
ingin berubah demi insan-insan tersayang,
aq tetap mencuba, mencuba dan akan mencuba,
berikan ruang kepada diri ini TUHAN,
sungguh, aq tidak mampu tanpa pertolonganMU..



~MAAFKAN DIRI INI ~

Sunday, August 21, 2011

Muka Aq ni memang Mcm Cikgu ke?


assalamualaikum..
haluu.. wassup!! hehe

arini kiter pose ari yg ke 21 kan?
9 ari ag nak raye..
da beli baju raye ke sumer?.. aq da beli.. huk2..
tp rase cam membazir la plak.. huhu..
aq x tau la ape yg merasuk aq nk beli baju tu.. huhu..
sbb harga die tu errrr mcm melampau je tuk org mcm aq ni nak beli...
tp aq da terbeli.. hehe.. da xleh nk pulang balik da..
xpela.. kali ni je.. tahun depan insyaallah beli lg.. haha!!

dah r ckp pasal baju.. kiter ckp pasal tajuk entri kali ni plak eh.. hehe
oklah,, sem ni da masuk sem 4 aq jd plajar degree kat IPG Kdri..
hitung2 hari da 3 tahun lebih da aq belajar kat citu..
aish.. cpat betul rase mase..
skunk ni aq tgh menjalani PBS stand for pengalaman berasaskan sekolah..
yg ni da yg terakhir coz sem depan aq da praktikum.. (nerves2!)
aq wat area maktab aq gak coz aq x de geng nk wat kat umah..
nnti cam org x betul plak aq wat sorang2.. huhu
so sem ni aq wat ngan kawan baik aq, Siti Norainul Afiqah a.k.a budak gemuk.. hehe
sbnarnyer kitorang rase menyesal plak wat kat cini coz org len sumer balik kg..
kitorang je mengada g wat kat cini..
kitorang sedang mencari hikmah disebalik pilihan kitorang wat cini.. hehe
tp ade satu hikmah kot yg aq da jumpa..
baru aq sedar yang PBS seblum2 ni, aq x pernah wat pom ngan budak gemuk ni..
baru aq sedar.. aiseh.. hehe..
xpelah, lgpom skolah yg kami buat iaitu SK MAras ni ok je,,
cikgu2 die pom baik.. peramah..so enjoy gak r.. hehhe..

dalam kami berdua je duk kat cini,,
ade satu peristiwa yg melucukan terjadi,,
aritu, aq nk beli la ais kan, tuk berbuka,,
aq ngan pqah r time tu,,
lepas beli ais ngan pencuci muka aq,
makcik kedai tu sruh la aq tlg kira..
aq ckp la.. then, makcik tu ckp

'' saje je nak test cikgu, xsay wi karat gapo hok belajar"

lebih kurang cmtu r..
aq ngan pqah terpinga2..
aiseh, mcm mane makcik ni tau kitorang ni bakal cikgu?
pdahal kitorang first time kot mnjejakkan kaki kat citu..
mmg betul rmai dak2 maktab yg menyewa area2 citu..
masalahnya xsemestinya cikgu kan yg beli2 barang kat citu..
mane tau plajar2 dr tmpat len ke..hehe
tu la aq trpk, muka aq n kawan aq ni mmg mcm cikgu ke?
aiseh!.. kalu muka je mcm cikgu tp mengajar je lintang pukang watpe.. hehe
apepom, tiba2 rase bangga jd cikgu.. haha.. (wek! perasan!)
klah, tu je nk story mory kali ni.. k.. babai!
~
~
~

~ ni la budak gemuk a.k.a ainul afiqah, kawan yg sntiasa melayan karenah giler aq ni..hehe~

Friday, August 19, 2011

Maafkan Syg kerna Melukaimu..


assalamualaikum...
hoho... wassup!..

alhamdulillah, hari ni da genap 19 hari kiter fasting..
tinggal wape ari ag nak raye..
cepat betul mase berlalu kan..
pejam celik pejam celik da nak raye..
sedih plak nak tinggalkan bulan ramadhan..
mklumla setahun sekali je.. sob2..
diharap aq diberikan lagi kesempatan utk bertemu Ramadhan yang seterusnya nanti..
insyaallah..

oklah, berbalik pd entry kali ni..
tajuk entry aq kali ni macam geli je kan?
betul, pakwe aq cedera disebabkan aq.. huk3

macam ni, hari tu aq nak balik umah sewa lepas balik dr maktab sbb ade taklimat asaimen..
aq ngan pakwe aq n kawan-kawan aq time tu..
tgh2 nk masuk lorong umah aq tu, ada keta dtg potong pkwe aq..
pakwe aq x sempat la nk mengelak coz bajet macam x dela la keta nak potong time masuk lorong camtu kan,
nk kate x bg signal, awal2 da bagi signal..
then, dumm!!..
pakwe aq kena langgar..
aq jd speechless.. macam trgamam pun ade..
aq tgk2 pakwe aq da cedera da..
huk3..sedih kan..

~
~
~


ni la pakwe aq a.k.a MR DBK... hehe

walaupom agak sedih pakwe aq a.k.a keta aq kena langgar,
based pd kawan2 aq la, drang ckp aq mampu lg tersenyum tenang keluar ckp ngan org yg langgar keta aq..hehe
da tu, xkan kiter kluar nk marah2.. sbb bnda da jd kan..
lgpom aq x tau mcm mane nk marah.,
cam kesian plak coz yg langgar aq tu junior aq gak..

walaupom kecederaan keta aq tu x teruk mane,
tp mencecah ratus jgak r..
nasib bek gak coz ayah aq repair ngan kawan dier..dpt murah sket..
aq bkan men tkut ag nk gtau abah aq sal xcident ni,,
tp lepas bgtau, abah aq rilex je..xmrah pom..
SYG ABAH! muah3x.. hehe..
lgpom abah aq tau aq x salah.. die kenal aq cmner..
Thanks kat abah, En.Mamat b, Junoh tlg repairkan keta ti..
SYG ABAH sgt3!!!!
klah, tu je kot nak citer kali ni.. k,, jumpa lagi..bye3!

p/s: pasal gmbar keta aq xcident tu, nnti aq upload eh,, coz malas nk transfer masuk laptop..
apepom byk hikmahnye sesuatu yg berlaku tu kan?..
aq terimanya sbgai satu dugaan dlm bulan pose ni..
cewah!..:P







~ No Need ~


assalamualaikum...
haluuu... wassup2!!..

oh ya.. hari ni aq nk ckp psal cinta..
huaaa.... jiwang siot.. haha.. saje je..
CINTA? sape yg x nak cinta kan??
tambah2 cinta dari org yg kita nak, am i rite?

haha,, citer pasal cinta,, aq pom ade la jgak beberapa story about cinta..
tp semuanya telah berlalu...that my past..
biasa dgr org ckp x,, cinta itu datang dan pergi..begitulah aq..

aq pernah jatuh cinta tp bukan pada yg spatutnya..
at last.. sakit sendiri.. haha..
tipulah kalu ada org ckp xnak rase disayangi or dicintai.. bohong la..
itu hanya sekadar ayat tuk mnyedapkan hati..
tgk kawan2 sekeliling kiter yg ade their Mr.Right..
msti ade punye jeles tu walau sket feel tu kan?.. heee..

apepom,, ape yg aq nk ckp tulus dr hati aq,,
hati aq da tawar dgn semua tu..
cukuplah berkali2 kecewa sendiri..
hati aq da tertutup utk CINTA..
i don't want to think n will try for not thinking about that,..
kalu ada insan yg bernama lelaki utk aq, then ade lah..
if not, let it be.. cehh!
biarlah cinta ini just utk my family n the most important is for The Greatest One, our creator..
kpd insan yg telah ketemu their true love,,
aq doakan korang bahagia hingga ke jinjang pelamin ya!!

~
~
~
~ dadada,,esok nak bgun sahur!! selamat berpuasa! ~


Thursday, August 18, 2011

Panas Hati Betul la.....

assalamualaikum.....
sibok..sibok..sibok.. tu je perkataan yg menggambarkan diri aq skrang ni.. keh3.. konon..
tp agak bz jgak r semenjak dua tiga menjak nie.. asaimen berlambak-lambak..
mau botak kepala gue der.. huk3..
sbb tu r dah berpuluh-puluh hari x update blog pom.. hihi
oklah..dah2 ckp pasal asaimen.. serabut kepala gue.. x start papepom..siyes!
xpe.,,bdak x cemerlang mcm aq ni sntiasa rilex.. slumber.. hehe

oklah, aq x tau nk tulis ape sbnarnyer,, balik umah ni la aq berpeluang nk bukak blog..
umah sewa aq ader masalah la pasal internet ni,,
nak pkai streamyx org TM ckp x de tiang telefon la, tu la, ni la..
aq dgr je perkataan streamyx, aq jd panas.. huuuu
susahla xde tenet ni..siyes! x kan la everytime nk bergantung broadband org..
broadband ni byar, not in free of charge.. bukan ke naye tuan punyer broadband tu kalu asyik pinjam je.. malu pom malu beb asyik nk mntak je..

so, ape yg harus aq buat?? beli broadband maxis? adui.. broadband celcom aq tu pom slow mcm siput.. siput pom lg laju kot.. huahuahua..
entah..malas nk pk.. aq rase sem depan ade yg terpaksa pkai broadband maxis la plak.. adoi..
sbb kat umah sewa aq tu broadband maxis yg agak laju sket..
waaa.. tolongla paham!.. aq mengharapkan miracle yg akan berlaku pasal streamyx ni..


klah, tu je.. see u.. dadadada..

perlu ke beli ni????

Wednesday, June 15, 2011

Kenape?

assalamualaikum.

aq selalu trfikir..
kenape org len slalu wat aq cmnie..
kenape org len snang2 je wat aq sakit hati..
gaduh smpai x nk ckp ngan aq..
kalu aq, senang2 je bg kemaafan kat org..
baik sgt hati.. bukan pe, aq x smpai hati.. da org mntak kemaafan kat aq,, maaf je lah kan..
pdahal org len x pernah pom pk perasaan aq..
contoh r.. kalu bab2 belanja,, aq bkan jenis org yg brkira sgt..
tp org stil ckp aq ni kedekut..
bukannyer nk brbangga2 or ape..
just aq rase x puas hati..
bukannyer aq nk balasan or ape..
cukupla skadar menghargai...
aq walaupom gaduh mcm mane pom..
kalu org tu perlu prtolongan pom, aq stil akn bntu jgak..
tp org len,, x pernah buat mcm aq pom..
malah bertrusan buat aq skit hati,..
apela dosa aq..
kenapela ade certain manusia mcm nie..
aq mmg x pham!!!
aq mmg sedih..
satu ag, org len x pernah yakin ape yg aq buat..
slalu pndang rndah kat aq..
mcm mane aq nk ader keyakinan..
dari kecik smpai besar.. mcm ni la org layan aq..
once kalu someone tu harapkan org yg die yakin tu,,
smpai mati pom die akan yakin ngan org tu..
org mcm aq ni xkan dipandang...
ok,,bye!



da masuk sem 4 da..

assalamualaikum

ari ahad ni da kena balik mktab da..
cepatnyer masa berlalu.. waaa!! :(
x cukup asenya cuti 3 minggu ni..
bukak sem empat ni aq da x duk hostel da..
start duk umah sewa da..
aq duk lapan org satu umah..
dorang sumer ok coz sumer geng2 aq..
tp xde mood nk g umah sewa coz brg2 byk ag x kemas..
pergi ni of koz la kena bukak sumer kotak2 yg penuh ngan brg2 time dr aq foundation smpaila sem 3 ..
arghhh.. MALAS!!!!!
dgn almarinyer satu.. brgnyer bnyak..
adoi,, mcm mane la nak ngemas..
dahla hari sbtu sebelum tu aq baru balik dr Kedah coz abg aq kawen..
phtu esoknyer direct terus g mktab..
penatnye!! ( pdhal bukan aq yg drive pom..hehe)..
tp duduk dlm keta pom penat jgk kan.. dahla aq ni jenis mudah mabuk kalu duk dlm keta..
Oh Tuhan.. cepatnyer masa brlalu..
malas lg nk pk pasal sumer tu.. hoho..

Tuesday, June 14, 2011

Can U Hear Me..

assalamualaikum..

can u hear me..
ape yg tersirat di hati..
sesungguhnya hati ini tidak mengharapkan ape2..
cukuplah sekadar diri ini dihargai..

Alhamdulillah

Assalamualaikum

11/06/2011
tarikh lahirnya seorang lg baby comel ke dunia..
Mohd Zulfiqar Bin M. Asrul Hisyam..
anak buah aq yg keempat..
perasaan of coz hepi coz bertambah lg anak buah cik ti.. hehe
baby comel ni hero ketiga abg aq yg sulong..
a.k.a adik kpd Zulqarnain & Zuliqbal..
adoi,, makin bertambah haru la teratak kepunyaan En Asrul & Pn Zuraida ni nanti dgn kehadiran seorang lg hero Malaya ni.. hi2..
harap budak kecik Nain & Iqbal jgn nakal2 ngan adik baru ni yer..
kesian umi n ayah nnti..
apepom smoga abg n akak ipar aq dpt bersabar dgn karenah ketiga-tiga bdak kecik ni yer..:))

jom kiter tgk hero baru kiter ni..hehe


~ Zulfiqar, comelkan??~




~ jgan nakal-nakal tau, Zulqarnain n Zuiqbal a.k.a abg Zulfiqar~



p/s: rindu dorang..

Sunday, June 12, 2011

X de rezeki..

assalamualaikum..

semalam final Piala FA
Kelantan vs Terengganu..
resultnyer Kelantan kalah ngan Terengganu, 1-2
dari hati yg jujur, sbnarnyer aq kecewa..
coz Piala FA tu mmg hampir dapat kat tangan negeri Kelantan pada separuh masa kedua apabila Kelantan berjaya mnjaringkan 1 gol..
tp takdir Allah menentukan segalanya..
bila salah seorang pemain Kelantan tertanduk bola ke dalam gol sendiri pada saat akhir perlawanan menyebabkan Terengganu mendapat satu gol dan masa tambahan 30 minit terpksa diberikan kpd kedua-dua team tuk mnyambung perlawanan..
serius aq agak kecewa, bukan agak tp sgt kecewa.. waa!
sbb mmg kemenangan tu da berada dlm tgn team Kelantan sbnarnyer kalu tidak berlakunya insiden tertanduk bola ke gawang sndiri..huhu..
tp sbgai penyokong team Kelantan, aq x salahkan pemain yg telah tertanduk bola ke gawang gol sendiri tu coz aq tahu tindakan beliau tidak disengajakan. Beliau ingin menghalang bola dari tidak memasuki gol dr pihak lawan.. tp malangnya bola itu tertanduk masuk ke gol Kelantan iaitu golnya sendiri.. aq pasti beliau merasa sgt bersalah.. kpd penyokong Kelantan yg len, aq rase tindakan sglintir pnyokong yg menyalahkan pemain trsebut mmg x patut.. sbb mmg adat permainan kalu trdapat mistakes yg mmg kiter x expect..xkan sengaja2 kan buat cmtu..huhu.. apepom team Kelantan mmg & ttap terbaik!! golkeeper die Khairul Fahmi pom mmg stylo la bab2 tepis bola ni.. tabik r! :)


p/s : dup dap dup dap aq time tgk TV smalam.. tgn smpai sejuk coz nerves..kdg2 geram dgn pengulas bola yg mcm terlalu lebihkan Terengganu.. huu..tp apepom tahniah team Terengganu..:)

Saturday, June 11, 2011

Kecewa..

assalamualaikum

ermm,, pernah x korang rase bila korang wat keputusan,
keputusan tu asyik salah je?..
rase mcm da betul da keputusan yg diambil tu, tp then korang sedar yg kputusan korang tu salah.. sgt benci perasaan tu,, siyes!!!!
mmg tu la yg selalu terjadi kat aq..
rase mcm aq ni malang je dlm ape2 yg aq buat..
tp x baik ckp mcm tu kan.. maybe ade benda yg x kena yg da aq buat yg telah mnjejaskan hubungan aq dgn Pencipta..maybe Tuhan nak bagi petunjuk supaya sedar dr khilaf..
ataupun maybe kekurangan aq sendiri yg selalu x yakin dgn apa2 yg aq buat..
entahla.. :(
sbgai bakal guru, aq perlu bijak n yakin bila mmbuat ssuatu keptusan..
benda tu la yg aq sgt risau..
ape harus aq buat?????...




Friday, June 10, 2011

Tersenyumlah seperti Mereka..:)

assalamualaikum

org kata senyum itu sedekah
pernahkah anda tgk snyuman yg mampu mencairkan or melembutkan hati?
mybe ada sstengah org (kdg2 aq pun cmtu..hee) tgk je org yg dier minat tersenyum je kat dier terus jd cair smpai kdg2 boleh x lena tido dibuatnyer.. hehe..
tp bukan senyuman itu yg aq maksudkan..

jeng jeng jeng !




ni la senyuman yg aq maksudkan.. hehe
comel kan?.. sape2 je tgk snyuman mcm ni, kalu nk marah pun x jd nk marah..tol x? hehe..
ni la salah seorang ank buah aq..
Muhammad Amirul Fahmi Bin M. Khairul Faiz.. ank abg aq yg ke-3..comelkan2?
ramai org cyg bdak kecik tomei ni..coz die suke senyum..
kalu dier nangis pun sbb dier nk tido or susu je.. mmg senang r nk jaga dier..
selalu aq pksa papa dier suruh balik umah tokma n tokabah smata2 nk jumpa bdak kecik ni..
abah aq a.k.a tokaabah fahmi pun sgt excited kalu fahmi ader kat umah..suka tgk fahmi tersenyum dier ckp.. hehe..
apepom aq syg ketiga-tiga anak buah aq.. cuma yg lg dua org aq jarang leh jumpa coz duk jauh kat selangor.. fahmi je la pengubat rindu.. hehe..

p/s: bestnyer kalu dpt baby comel in future..hek3..




Thursday, June 9, 2011

Tunang & Kawen..

dalam masa tiga minggu aq bercuti kat umah ni, banyak betul majlis-majlis kawen ngan bertunang ni.. selalunya aq x amek kisah pom pasal kawen-kawen or tunang2 ni.. tapi apabila ia melibatkan perkahwinan or pertunangan yang umur orang-orangnye sebaya ngan aq iaitu 21 tahun, tiba2 rase nk amek kisah.. hehe.. ramai jugak la kawan-kawan aq yang da bergelar tunangan or wife org.. terlintas plak kat minda ni, da cukup ke persediaan mental atau fizikal dorang tuk melangkah ke satu fasa yang baru terutamanya kawen. bukan senang aq rase.. kalu aq sendiri pun aq rase aq x bersedia.. perangai macam aq ni nk jadi tunang or wife org? ngan x matured sumer tu..hoho.. kesian la sape yg dapat aq tu..ha2.. tp maybe dorang ade alasan yang kukuh kenapa dorang amek tindakan utk bertunang or berkawen awal kan?.. maybe dorang da cukup bersedia utk mempunyai satu ikatan yg lbih kukuh drp bercouple yang belum tentu pasti jadinya.. :)))


p/s : tiba2 timbul jgk kerisauan, umur aq da 21 thun tp x de someone special lg..ni kan plak nk tunang or nak kawen.. aiyoo..

PERMULAAN KISAH.......

:)
Pemula kIsaH SukA & Duka