Monday, February 27, 2012

:: anda fikirkan sendiri ::

Assalamualaikum..

Betul ke orang kata, bila kita telah berada dalam satu perhubungan atau lebih mesranye couple la, perangai kita akan berubah? berubah ke arah positif atau negatif? Allahualam la kan.. aku pun tak leh nak cakap jugak sebab sekarang aku tidak berada dalam keadaan tersebut..

kadang-kadang kan.. aku sakit ati pun ada bila kat facebook sengaja je si makwe share video-video jiwang kat pakwe dia yang berunsur geli geleman.. aku rasa nak muntah pom ada..ko ingat ko sorang je ke berkapel dalam dunia ni? huh!.. eleh, bila kapel, kentut pom boleh cakap wangi.. jangan ingat perkahwinan semanis bila berkapel.. kadang-kadang nak je aku block pasangan kapel yang over sangat ni.. ye la.. kan video-video yang dia share akan keluar kat wall aku.. menyemak je.. ni kes nak menunjuk-nunjuk la ni.. kalu tak kawen kang malu.. huhu

ada satu jenis lagi ni, pentingkan pakwe dari sahabat.. bila pakwe cakap semuanya betul.. semuanya WAJIB ikut.. kalu kawan cakap, berpuluh-puluh kali kena fikir.. hubungan dengan kawan terjejas pun takpe asalkan dapat jaga hati pakwe.. sampai ada yang cakap, dia lebih percayakan pakwe daripada sahabat.. adoi, jenis pemikiran apa pun aku tak tau la..

ada plak yang dating keluar pagi balik pagi esoknya.. adoi.. apa la korang buat ye.. kang kena cekup ngan pencegah maksiat baru naya.. dahla malukan diri sendiri lepas tu malukan mak bapak pulak.. kononla kan, korang eksiden time korang keluar berdua-duaan tu.. even korang bukan pasangan kapel sekalipun, orang dah tak fikir positif da.. orang len akan cenderung untuk memikirkan ke arah negatif..

sebenarnya benda-benda ni semua bergantung kat individu la.. kita ada akal, so kita guna.. jangan terlalu mengikut hawa nafsu.. kepada pakwe dan makwe, sila fahami pasangan anda masing-masing.. jangan terlalu mengongkong.. berilah ruang kepada pasangan anda untuk bernafas dan menikmati setiap genap ruang hidup sebelum melangkah ke fasa baru iaitu perkahwinan.. sebelum kahwin da nak mengawal hidup partner masing-masing, lepas kawen? macam tu jugak?.. tak seronoknya hidup.. hoho..

so, fikir-fikirkan lah.. kita ada family.. ada mak bapak yang harus di jaga maruah mereka.. jangan kerana kapel, anda akan menjatuhkan maruah mak bapak anda.. so, berkapel boleh, tapi berpada-pada la ye.. tidak semestinya itu JODOH anda.. Allah taala yang menentukan segalanya.. so U FIKIRLAH SENDIRI.. k lah.. daaa...








Saturday, February 25, 2012

~ First Praktikum~

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. arini aku da berjaya menjejakkan kaki ke sekolah pertama yang bakal aku praktikum bermula 18 Mac ni.. serius, bila memikirkan pasal praktikum, hati aku akan berdegup kencang.. hoho.. oh, mampukah aku untuk mengajar? aku sendiri pun tak pasti..

Abaikan pasal ayat last tadi.. hehe.. tadi, pukul 8 pagi aku ngan family aku bergerak dari umah aku kat Jelawat ke Merchang.. tujuannya adalah untuk melihat persekitaran sekolah yang bakal aku berpraktikum nanti iaitu SK Pasir Puteh dan rumah yang bakal aku diami selama sebulan aku berpraktikum.. perjalanan yang lama serius membosankan.. tapi, untuk mengelakkan aku kebosanan, aku berborak2 ngan abah.. ada la jugak input positif.. hehe..

Setelah mengharungi perjalanan hampir 4 jam.. first tempat yang aku pergi adalah sekolah aku dulu.. lepas tengok sekolah, tiba-tiba makin takut pulak nak berpraktikum.. huhu.. tapi takut-takut pom, itulah yang bakal dihadapi nanti.. BERTABAHLAH TIQAH!,, ermm., sekolah ni ada bangunan baru.. baru je digunakan lepas raya cina aritu.. aku just sempat amik gambar dan bercakap dengan pak guard je.. ye la, hujung minggu, mana ada orang kat sekolah.. kecik je dunia.. borak punya borak, taula yang pak guard tu sepupu kpd bos yang kamcing ngan abah aku time abah aku bekerja kat PPD BAchok.. huhu,,

Lepas tengok sekolah, kitorang terus pergi ke umah yang bakal aku tinggal nanti.. sebenarnya, aku akan tinggal dengan saudara kepada abah aku.. kirenya aku akan menumpang la.. segan la jugak bila fikir balik.. tapi sebab aku bakal berpraktikum berdua je, atas faktor keselamatan, aku pom ikut je la.. betul la kan.. bahaya jugak kalu menyewa berdua je.. pompuan lak tu.. kuarters plak tak de kat sekolah tu.. lagipom, saudara abah aku tu tinggal bertiga je.. pakcik harun, wife die n anak pompuan die.. tapi jarak umah tu ke sekolah dalam 10 kilometer.. dalam lima belas minit kot.. tapi jalan lurus je.. boleh kot pecut keta nanti.. bangun awal itu wajib.. huhu.. harap-harap semuanya okla kan.. aminn..

Aku sangat berterima kasih kepada abah n ma yang sentiasa bersusah payah untuk keselesaan aku.. aku terharu bila abah cakap, "Abah tok mikir bende len doh.. abah pikir pasal keselesaan anak-anak abah jah loni.. abah tok say la anak-anak abah raso susoh mace abah dulu".. siyes terharu.. huhu.. SAYANG ABAH n MA SANGAT-SANGAT!.. huhu.. aku memang tabik kat abah aku sebab dia rela dia penat fizikal dan mental asalkan anak-anak dia selesa.. TERIMA KASIH ABAH n MA!..

antara gambar-gambar yang sempat diambil...

~

~

~

bangunan SK Pasir Puteh, Merchang, Marang



pintu pagar masuk sekolah..


rumah yang bakal aku diami selama sebulan..


peace world...


bai

Wednesday, February 22, 2012

~ Mengisi Masa Lapang dalam Kesibukan ~

Assalamualaikum...

Perancangan yang on the spot, tp best!.. dalam kesibukan kuliah dengan kerja yang banyak, dengan aku yang demam, batuk dan selesemanya, sempat aje pergi main bowling.. dahla pagi tu aku tak pergi kelas..tup tup.. malam boleh pulak aku pergi main bowling.. apa lagi kena perli la.. haha.. tapi tak ambik hati pom.. sebab pagi tu memang aku demam.. tengahari tu, da ok sket.. just batuk-batuk dan selesema je.. tambah-tambah pulak, semua housemate aku pergi.. takkan aku nak tinggal kat umah sorang-sorang.. ada yang nak temankan aku, tapi kesian la pulak kan.. so, kitorang pom pergila main bowling kat Terengganu Equastrian Resort.. serius tempat bowling tu cantik.. first time men kat situ..sebelum ni aku just lalu jer..

Sebenarnya men bowling ni untuk aktiviti kelas.. saje untuk merapatkan ukhuwah antara student-student math.. walaupom main asyik masuk longkang je, at least hilang jugakla stress tu.. belajar ni penat weh.. mula-mula tu malu-malu je nak main.. ye la.. dah asyik masuk longkang je, malu la jugak kan..mane tak masuk longkangnya, aku ni bukan main sangat bowling kalau duk kat umah.. setahun sekali kot.. hak3.. tapi bila dah panaskan enjin tu, tambah-tambah jauh pulak dengan budak lelaki..team aku pulak, lane paling hujung sekali.. so, ape lagi, main dah tak ingat dunia dah.. dengan terlompat-lompat, terjerit-jeritnya.. tapi ok la.. so enjoy.. antara gambar yang sempat diambil oleh orang lain, bukan aku.. hehe..

~


~


~


~

team aku, (zara, ida, zurina, zati)

kawan-kawan seangkatan..(MT1 & MT2) hoho..



babai

Saturday, February 11, 2012

Bukan mengharapkan simpati...

assalamualaikum..

sebenarnya kan, semenjak dua menjak ni aku tak tau apa yang aku rasa.. aku tak tau apa yang aku nak sebenarnya.. kadang-kadang aku pelik dengan orang sekeliling aku.. kadang-kadang mereka becomes too nice to me, kadang-kadang mereka menjauh.. aku jeles tengok orang yang macam betul-betul dihargai oleh orang sekeliling mereka.. adakah orang di sekeliling aku betul-betul menghargai aku?... aku pom tak tau..

aku tau aku ni kadang-kadang seorang yang sangat emosi.. aku tak mintak pom macam ni.. memang dari sekolah rendah lagi, aku ni bukan jenis yang suka bercakap ngan orang.. sebab tu la sampai sekarang aku rasa komunikasi merupakan masalah aku yang paling besar.. aku takde masalah pom, orang akan cakap aku bermasalah.. nak tau kenape?.. sebab aku suka masam dan tak suka senyum.. aku tau kawan-kawan aku pom tak berapa suka nak cakap ngan aku sebab masalah ni.. aku nak sangat kalau wujudla, seseorang yang sangat-sangat memahami aku.. aku tak nak kat depan aku elok je, kat belakang Allahualam.. aku tak tuju kat sapa2, ia tiada berkaitan sama ada yang hidup ataupun yang telah tiada.. sapela yang suka kan kalau hari-hari tengok kawan dia macam bermasalah je muka.. aku sedar tu.. aku tak tau sapa yang harus aku ceritakan kalau aku ada masalah.. aku segan.. ada ke orang nak dengar apa aku nak cerita.. sebab tu ape-ape aku pendam sorang-sorang..

biarlah.. aku redha.. aku tau masalah tu sendiri pom berpunca daripada aku.. aku tak kisah orang yang baca ni akan bagi persepsi yang buruk kat aku... aku just nak meluahkan apa yang aku rasa.. right now, aku sangat-sangat rindukan family aku.. aku dah bosan belajar! aku dah bosan dengan environment macam ni.. BOSAN!

babai~

Friday, February 10, 2012

KAGUM!

assalamualaikum...

Pernah tak dengar tentang seorang pelajar berbangsa Hokkien mendapat A dalam bahasa Arab? wah, aku sangat kagum dengan adik ni.. walaupom bukan beragama islam, beliau mampu untuk mendapat A dalam bahasa Arab.. ada sesetengah pelajar beragama Islam itu sendiri yang sengaja tidak mengambil bahasa arab sebagai subjek pilihan kerana takut akan mencacatkan result PMR.. aku pun salah seorang daripada mereka..huhu.. tiba-tiba aku rasa malu sendiri.. sepatutnya aku boleh je cuba tapi time tu duk pikir takut mencacatkan result, aku pom tak ambik.. huhu.. tapi siyes aku tabik spring kat adik ni..

Satu lagi yang aku bangga ngan adik Wee Soo Yen ni sebab dia pom budak kampung aku.. orang Jelawat, Bachok gak.. ngeh2.. lagipom aku kenal sangat dia..Emak dia, Soo Ah Kim tu pom teacher english aku time sekolah rendah kat SK Badak..kalu tak silap aku, dari abang aku yang sulong sampai adik aku yang keenam, kitorang belajar english ngan dia.. Mak aku pom memang rapat ngan dia sebab dia kawan mak aku time mengajar kat SK Badak tu jugak.. dia sangat low profile.. dia kaya tapi tak nampak pom dia kaya.. Suami dia pom ada bukak kedai menjual makanan ternakan.. abah aku ternak ikan keli, so selalu pergi beli makanan kat kedai suami dia.. lagipom, kat jelawat tu, tulah satu-satunya kedai yang jual makanan haiwan ternakan.. so, aku rasa ramai yang kenal keluarga adik ni..

Adik Wee Soo Yen, masa kat sekolah rendah, dia belajar kat Sk Kemudi pahtu pergi SMK Bachok.. Aku sangat sure mesti warga sekolah terbabit sangat bangga kan.. hehe.. aku rase banyak anugerah yang adik Wee Soo Yen ni dapat after she got A in bahasa arab.. antaranya Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan.. tapi aku tau she deserved it sebab bukan calang-calang orang tau yang dapat anugerah tu.. Tahniah ye adik.. aku harap mane tau, bila dia dah belajar Bahasa Arab ni, tambah-tambah bahasa Al-Quran plak kan.. dapat membuka hati dia untuk masuk Islam.. ameen...

Kalau nak tengok lebih lanjut tentang kisah hidup adik Wee Soo Yen ni, bolehla search kat youtube tentang program Kalam Syurga.. aritu dia siar kat TV9 sempena sambutan Maulidur Rasul baru-baru ni.. tengok sekarang, nothing impossible kan?.. caya r adik.. so kepada adik-adik yang akan mengambil PMR nanti, jangan takut-takut untuk amik subjek Bahasa Arab sebagai subjek pilihan.. sebenarnya, semuanya terletak atas usaha kita.. NOTHING IS IMPOSIBBLE k! nak kenal sape adik Wee Soo Yen? jom..

~

~




.
babai~