Monday, January 30, 2012

Hati-hati!

Assalamualaikum..

"wow, bestnye dia ada kereta.. tak payah berharap kat orang kalu nak keluar pergi mana-mana"
~
lagi...
~
" best r ko ada kereta.. tak payah nak sewa-sewa kereta kalu nak keluar.. dahla sewa kereta ni mahal.."

itu merupakan antara dialog-dialog yang aku pernah dengar..terutamanya kepada pelajar IPTA or pelajar IPG (macam aku..huhu).. yes! itu salah satu daripada kelebihannya.. keburukannya? macam-macam risiko yang perlu ditanggung khususnya kepada pemandu wanita macam aku ni.. walaupun sesetengah perkara berkaitan dengan pemanduan kereta ni dipandang ringan oleh sesetengah pemandu.. tetapi yang remeh tu la yang memberi masalah besar..

antara langkah keselamatan yang harus dititikberatkan :

1) apabila sampai kat tempat kereta tu, jangan la melengah-lengahkan masa.. terus masuk dan terus kunci kereta dari dalam.. jadikannya sebagai amalan..

2) kalau nak parking, elakkanlah parking tempat sunyi, dinding, semak or dumpsters.. memanglah kita nak parking free, tapi kena la jugak beringat tentang nyawa jugak..

3) sentiasa berhati-hati dengan melihat keadaan sekeling, bawah dan dalam kereta sebelum masuk dalam kereta.. ada kes yang berlaku di stesen minyak di mana cashier stesen minyak tersebut ternampak seseorang masuk ke dalam kerete salah seorang customer yang ingin membayar duit kat kaunter.. bahaya tu! seeloknya kalu berseorangan, perempuan, ditambah pulak dengan malam, kuncilah dulu kerete sebelum pi kaunter.. penjahat sekarang ni sangat licik..

4) berhati-hati dengan penjual risalah atau produk ke bila mereka menghampiri kereta kerana mereka mungkin menyamar sahaja..

5) kalau kat traffic light tu, janganlah dedahkan beg duit atau apa-apa barang penting.. atau letakkan di bahagian sebelah pemandu tu.. itu tindakan bahaya! soroklah di bawah kerusi ke.. paling penting kunci pintu!..

6) kalu parking berbayar (yang warna hijau tu).. sebolehnya jangan masukkan banyak sangat duit syiling ke dalam tu.. sebab penjahat akan tahu yang kita akan membuat satu urusan dengan tempoh jangka masa yang lama kalau mereka nampak kuantiti masa yang terpamer kat tiang hijau tu.. lagi la senang dorang nak rompak ke curi kereta ke.. ( kalu tiba-tiba rasa bajet masa tak cukup, boleh je datang balik kat kete then tambah duit.. tapi ia agak leceh la sket)

7) janganlah rasa diri tu berani sangat drive keta sorang-sorang terutamanya girl.. kalu malam tu lagi la.. dah tengok kita ni sorang je, lagi la senang penjahat tu nak buat keje die..

macam-macam kes sekarang ni.. ramai orang da jadi jahat.. so beringat-ingatlah ye.. pakai kerete, pakai jugak.. sebolehnya-bolehnya elakkanlah keluar malam wahai gadis-gadis.. kalau penting sangat2 dan tak boleh dielakkan, tu nak buat macam mana kan.. tapi kalu boleh KIV tu KIV la yer.. (itu pesan bigboss aku a.k.a abah aku..) kadang-kadang anak dier degil jugak.. huhu




p/s : seram bila ingat balik time balik kelate, kereta diekori oleh kereta yang dipenuhi dengan lelaki berkaca mata hitam.. huhu.. serik!..

bai..


No comments: