Saturday, June 23, 2012

Assalamualaikum...

Arini ramai betol yang post pasal kursus pra perkahwinan.. tahniah kat semua-semua sahabat-sahabat, teman-teman, kawan-kawan yang da berjaya memperoleh sijil kawen tu..hehe.. kursus perkahwinan ni diadakan kat IPG aku pd semalam dan arini.. da boleh kawen semua-semua ye.. cuma nak tak nak je kan? gatal..hoho..yang nak kawen, kalau dah ada pilihan hati bolehla meneruskan niat tu ye.. yang nak kawen tapi x ade calon tu, bersabarla ye.. yang x nak kawen lagi , tapi da ada pilihan hati tak baik tangguh lama-lama benda baik.. hehe..  yang x nak kawen lg dan xde pulak pilihan hati, akan tiba masa yang sesuai nanti. Insyallah.. :))

Cakap pasal kawen-kawen ni, aku suka kata-kata kat gambar dibawah ni.. hehe


insyaallah, aku pun nak yang macam ni.. :))



Insyallah setelah tercapai impian yang kat atas ni..



insyaallah..:))

k lah bai...

Monday, June 18, 2012

I'm Proud To Be a Woman!

Assalamualaikum,,,

Rahsia dimiliki wanita.. :)))



P/s : I'm still waiting for my Mr. Right.. :))

Dia semakin berani!

Assalamualaikum...

Malang memang tidak berbau.. Kelekaan yang sekejap saja boleh mengundang insiden yang tidak diingini.. Malam tadi umah aku berlaku sekali lagi kes kecurian. Aku rasa yang ini dah kali yang ke berapa dah umah aku menjadi mangsa pencuri tu. tapi kali ini lagi dasyat sebab pencuri tu dah berani masuk ke dalam umah aku dan siap masuk dalam bilik sekali.. kalau sebelum ni, pencuri tu just kait je ikut tingkat..kali ni lagi advance sebab dia guna pengait ikut tingkap lepas tu bukak pintu dan masuk!.. dari gaya dia mencuri, jelas sekali dia sangat profesional. Aku x tau macam mane dia guna pengait tu tuk bukak pintu umah aku yang ada selak tu.. wayar telefon umah aku dicabut, maybe dia bimbang tkut terbunyi time dia buat projek tu kot.

tapi aku dan housemates aku bernasib baik sebab kami slamat dan tidak diapa-apakan oleh pencuri tu. cuma sebijik laptop, handset dan beg yang berjaya dilarikan. ada lagi beg yang dia ambil tp kami jumpa kat belakang umah. nasib bek anak kunci umah yang ada dalam salah satu beg tu x diambilnya pencuri tu. kalau x, memang bagi free r umah kami kat pencurik tu.

benda ni jadi sebelum subuh tadi. Nasib bek housemate aku yang baru balik dari kampung call salah seorang housemate aku tuk buka pintu..  kalau tak memang sampai pagi la kami x sedar benda ni. dan tindakan housemate aku yang call housemate aku tuk bukak pintu memang menyelamatkan kami drp lagi banyak benda yang kena curi. Maybe dia dengar kot handset housemate aku bunyi dan suara housemate aku cakap kat telefon. Housemate aku yang sedar dan bangun tuk bukak pintu terkejut kot bila nampak pintu umah kami terbukak dengan seluas-luasnya. huu..

tapi aku akuilah kami sedikit cuai semalam. sebab grill umah kami x berkunci.. kami agak leka semalam. kalau sebelum ni, memang kami akan pastikan semua berkunci baru kami tidur. benda dah nak jadi kan. selepas ni, memang kami perlu alert la. pegawai polis dan forensik yg datang pun ada jugak la yang menegur. tapi teruja la tengok ramai polis forensik datang. dalam sepuluh orang jugakla. ramai pulak. huu.. macam berlaku pembunuhan macam dalam tv pulak. huu..

Harap-harap ini la yang last jadi. trauma rase. terketar-ketar rasa bangun pagi td. dengan terkejutnya. huu..

k lah, bai

aku harap pencuri tu kena tangkap la cepat-cepat.. huuu


p/s:  polis muka hensem tapi gatal. sempat lagi cal nak berkenalan ngn salah seorang housemate aku. x malu betol.


Sunday, June 17, 2012

Dengan ini saya mengisytiharkan.......

Assalamualaikum,,

Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa.....



~






~






~









~








~





tadaa!!....

aku dah boleh kawen!.. hahhaa ( gelak jahat)..
aku dah ada sijil kawen kawan-kawan.. hihihi..jgn jelez..
tp......
aku stil x leh kawen jugak... sebabnye....
aku x de calon lg.. hihih..

apepom, at least aku da x payah pegi da nanti..
walaupom orang kata, g ngn partner lg sweet.. haha..
ada aku kisah? hek2

actually, aku amek kursus ni bukan sebab aku gatal nak kawen pom.. hehe
aku pergi sebab nak teman akak aku.. sbb majlis dia lepas raya ni..
setelah dua kali bertukar tarikh sbb bertindan ngn tarikh interview kerja akak aku,
terpaksala amek kat Tumpat.. jauh kot dari umah aku..
walaupom atas dasar peneman, aku tetap take note tau setiap slot yg ada..
( walaupom buntut aku krem duk lama atas kerusi..huuu)

serius, kawen ni bukan benda men-men..
so, sape yang nak kawen tu, preparekanlah mental dan fizikal anda sebaik mungkin..
tanggungjawab sgt berat after got married tau..
hoho!..
kepada kawan-kawan yang dah nak kawen, semoga berbahagia hingga ke anak cucu..


klah.. bai..


p/s : kadang-kadang terfikir jugak tengok ada  karenah peserta-pesrta kursus yang agak ''beradab" dan menjengkelkan, boleh ke nak kawen ngn perangai macam tu?.. huuu...


He's My Hero..

Assalamualaikum...

Aku sangat sayangkan beliau.. beliaulah antara insan yang teristimewa di hati aku.. Nothing can replace him.. Beliaulah guru ketika aku memerlukan tunjuk ajar berkaitan dengan setiap inci kehidupan dan setia mendidik aku sehingga sekarang.. Beliaulah guider yang selalu memimpin aku untuk tidak memilih jalan yang salah dan menunjukkan jalan yang betul.. Beliaulah polis yang selalu bersoal jawab dengan aku jika aku melakukan sesuatu yang bukan kehendaknya agar aku tidak tersalah arah. Beliaulah ustaz yang selalu memberi tazkirah free mengenai dosa pahala walaupun levelnya x setaraf ulama'. Beliaulah polis peronda yang selalu mengiringi aku jika dirasakan perlu untuk keselamatan aku. ( selalunya untuk pulang ke IPG.. huu).. Beliaulah pegawai bank yang selalu mengeluarkan duit untuk keperluan aku..Beliaulah motivator yang sering memotivasikan aku sekiranya aku rasa down. dan yang paling penting, beliaulah yang menjadi IDOLA dalam hidup aku.. Beliaulah segala-galanya.. Beliaulah insan yang sanggup menjadi apa sahaja demi aku dan adik beradik aku yang lain.. Beliaulah ABAH aku.. Insan teristimewa dalam hidup aku..



he's my hero.....

Selamat Hari Bapa untuk hero saya, En Mamat Bin Junoh.. my lovely father..
Terima Kasih untuk segala-galanya..
Semoga setiap pengorbanan Abah dirahmati oleh Allah..
Ti sayangkan Abah sokmo.. :)))
Insyaallah Ti akan cuba menjadi yang terbaik untuk Abah..

k lah.. bai

p/s : Selamat Hari Bapa untuk semua bapa di seluruh dunia.. :))))




Monday, June 11, 2012

oh no, I'm fall in love!

assalamuailakum..

i'm fall in love..............
with who?...
with...


~






~






~








~





~







~








him.. haha.. cutenye abang! hihi..


nilah Detective Steve McGarrett in Hawaii Five-O..
ataupun nama sebenar die Alex O'Loughlin..
citer ni best! kat channel AXN kat astro..
try la tengok.. 
haha.. hensem kan die..

kalau dia pakai uniform dia, lagi nampak smart.. 
waa..



tu je nak cakap..
i love u abang steve.. haha
:PP 


bai!


p/s : cinta pada Allah adalah cinta yang sebenar-benarnya,, :))))