Monday, June 18, 2012

Dia semakin berani!

Assalamualaikum...

Malang memang tidak berbau.. Kelekaan yang sekejap saja boleh mengundang insiden yang tidak diingini.. Malam tadi umah aku berlaku sekali lagi kes kecurian. Aku rasa yang ini dah kali yang ke berapa dah umah aku menjadi mangsa pencuri tu. tapi kali ini lagi dasyat sebab pencuri tu dah berani masuk ke dalam umah aku dan siap masuk dalam bilik sekali.. kalau sebelum ni, pencuri tu just kait je ikut tingkat..kali ni lagi advance sebab dia guna pengait ikut tingkap lepas tu bukak pintu dan masuk!.. dari gaya dia mencuri, jelas sekali dia sangat profesional. Aku x tau macam mane dia guna pengait tu tuk bukak pintu umah aku yang ada selak tu.. wayar telefon umah aku dicabut, maybe dia bimbang tkut terbunyi time dia buat projek tu kot.

tapi aku dan housemates aku bernasib baik sebab kami slamat dan tidak diapa-apakan oleh pencuri tu. cuma sebijik laptop, handset dan beg yang berjaya dilarikan. ada lagi beg yang dia ambil tp kami jumpa kat belakang umah. nasib bek anak kunci umah yang ada dalam salah satu beg tu x diambilnya pencuri tu. kalau x, memang bagi free r umah kami kat pencurik tu.

benda ni jadi sebelum subuh tadi. Nasib bek housemate aku yang baru balik dari kampung call salah seorang housemate aku tuk buka pintu..  kalau tak memang sampai pagi la kami x sedar benda ni. dan tindakan housemate aku yang call housemate aku tuk bukak pintu memang menyelamatkan kami drp lagi banyak benda yang kena curi. Maybe dia dengar kot handset housemate aku bunyi dan suara housemate aku cakap kat telefon. Housemate aku yang sedar dan bangun tuk bukak pintu terkejut kot bila nampak pintu umah kami terbukak dengan seluas-luasnya. huu..

tapi aku akuilah kami sedikit cuai semalam. sebab grill umah kami x berkunci.. kami agak leka semalam. kalau sebelum ni, memang kami akan pastikan semua berkunci baru kami tidur. benda dah nak jadi kan. selepas ni, memang kami perlu alert la. pegawai polis dan forensik yg datang pun ada jugak la yang menegur. tapi teruja la tengok ramai polis forensik datang. dalam sepuluh orang jugakla. ramai pulak. huu.. macam berlaku pembunuhan macam dalam tv pulak. huu..

Harap-harap ini la yang last jadi. trauma rase. terketar-ketar rasa bangun pagi td. dengan terkejutnya. huu..

k lah, bai

aku harap pencuri tu kena tangkap la cepat-cepat.. huuu


p/s:  polis muka hensem tapi gatal. sempat lagi cal nak berkenalan ngn salah seorang housemate aku. x malu betol.


No comments: