Monday, December 5, 2011

Cinta Tidak Semestinya Memiliki~

assalamualaikum...

tadi saje je jalan-jalan..
then terjumpa tip-tip untuk melupakan seseorang...
bagi yg ingin melupakan seseorang yg maybe anda ada menaruh perasaan kat dia tp ternyata cinta itu bukan milik anda.. dan dia pulak seseorang yang anda selalu jumpa n teman istimewa bagi salah seorang kawan anda..
bak kata orang, cinta itu tidak semestinya memiliki..
jangan kecewa n jom kita tengok tip-tip yg boleh dijadikan panduan untuk anda dan juga aku sendiri.. hehe

ini dia...

1) Cuba renggangkan sedikit jarak antara anda berdua.. lakukan secara tidak langsung agar dia tidak menyedari perubahan tersebut.

2) Berikan pelbagai alasan jika mereka mengajak untuk keluar bersama

3) Cari teman baru untuk mengalihkan perhatian dan cinta kamu pada si dia

4) Sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti agar kamu tidak mempunyai masa untuk memikirkan si dia

5) Elakkan bersendirian kerana apabila kamu rasa sunyi, kamu pasti akan mengingati si dia

6) Sekiranya teman kamu dan si dia bertengkar, elakkan jadi orang tengah dan pendengar yang setia untuk si dia.

7) Buka minda luas-luas, dan katakan pada diri sendiri, masih banyak lagi lelaki baik kat luar sana. kamu bukannya PERAMPAS!

8) Cuba tempatkan diri kamu seketika di tempat sahabat kamu itu. pasti kamu akan terluka apabila mendapat tahu sahabat sendiri dan orang yang disayangi mengkhianati kesetiaan dan kasih sayang yang telah diberi.

sesungguhnya utk menerima kenyataan merupakan sesuatu yg sukar utk dilakukan.. ttp jika kita berusaha, segalanya tidak mustahil..



babai

No comments: