Thursday, September 1, 2011

~ IktiBar dariPada SebaTang Pensel ~


assalamualaikum..

Tadi, aq ada baca satu majalah yang bercorak Islamik iaitu SOLUSI yang abang aq punye..
majalah ni sangat2 bagus coz kat dalam tu banyak sangat artikel2 yang boleh dijadikan iktibar kepada kita sumer..baca2 then aq tertarik dengan satu artikel..tajuk die "Iktibar daripada Sebatang Pensel". Bagi aq artikel ni sangat bagus sebab ia berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia di muka bumi ini..Artikel ni just buat analogi based on sebatang pensel..
kalu kita tengok la, tak ada apa2 pom yang menarik pasal pensel ni..Kita guna just untuk menulis.. kalu beli pom setakat dua posen sebatang kat kedai, jadi tak ada ape2 pom yang spesel sal pensel ni..

Tapi, sebenarnya kan ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripada pensel ni.. nak tau tak apa nilainye?..

Pertama, pensel ini mengingatkan kita boleh membuat sesuatu yang hebat dalam hidup ini tapi jangan lupa ibarat pensel ada tangan yang memegangnya. Begitu jugak dengan hidup kita, ada kuasa yang membimbing langkah hidup kita iaitu Allah s.w.t. Dia yang akan membimbing kita menurut kehendak-Nya.

Kedua, ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul jadi kita terpaksa mengasashnya hingga tajam. Pensel ini pasti menderita ketika diraut tetapi hasilnya tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga dengan hidup kita, kita mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.

Ketiga, pensel mungkin akan menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadankan dan betulkan tulisan ini semula. Macam dalam hidup kita jugak kan, kita harus sentiasa memperbaiki kesalahan dalam hidup. tak salah pom memperbaiki kesalahan kerana ia akan meletakkan kita di jalan yang benar.

Keempat, tahukah part mana yang lebih penting; luar atau dalam pensel? sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kita dan hindarilah.

Kelima, pensel selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga dengan hidup kita, apa yang kita buat pasti akan meninggalkan kesan pada diri atau pada orang lain. maknanya, kita harus selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak..


Nampak biasa je pensel ni kan? tapi banyak benda yang kita boleh pelajari hanya dari sebatang PENSEL


klah, tu je nak citer kali ni.. tak rugi kalu korang beli majalah SOLUSI ni.. siyes best.. harga dia pom tak mahal.. just RM 10.00 ringgit je.. kalu nk tau content dalam majalah ni, silalah beli yer..:))))

No comments: